Minyak Zaitun
dan Darah Tinggi
Minyak zaitun
Extra Virgin Oil mengandungi polyphenols dan juga Hydroxytyrosol,
suatu kompaun yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah tinggi dan masalah
sakit jantung (cardiovaskular disease). Ia telah terbukti mampu merawat darah tinggi dan sakit jantung dan bertindak sebagai ubat semulajadi.
Kajian klinikal telah membuktikan bahawa kandungan polyphenols dalam Minyak Zaitun mampu mengurangkan tekanan darah tinggi |
Darah tinggi
menunjukkan tanda-tanda awal kepada sakit jantung yang berpunca daripada
kegagalan endothelial
function untuk bekerja
dengan baik. Sakit kepala atau pening adalah simptom utamanya.
Gambar rajah menunjukkan bagaimana plaque yang tersebumbat di dalam saluran darah |
Darah tinggi
adalah satu tekanan darah yang menolak ke arah dinding arteri apabila jantung
mengepam darah. Jika tekanan ini kekal tinggi atau bahkan meningkat, ia bakal
merosakkan badan kita dengan pelbagai cara.
Gambar rajah menunjukkan dinding arteri yang telah ditolak oleh tekanan darah akibat saluran yang sempit akibat pembentukan plaque atau kolestrol jahat LDL |
Kajian terbaru terhadap warga emas di Mediterranian yang berisiko tinggi mendapat sakit jantung menunjukkan bahawa pengambilan Extra Virgin Olive Oil telah membawa kepada
penurunan tekanan darah para peserta kajian.
Penemuan ini
menunjukkan bahawa Extra Virgin Olive berpotensi lebih berkesan
berbanding minyak bijirin lain yang mana minyak tersebut tidak memiliki polyphenols
dan juga Hydroxytyrosol dalam merawat pesakit darah tinggi dan sakit jantung. Ianya terbukti
apabila para saintis telah mengkaji kaitan utama antara polyphenols dan
juga Hydroxytyrosol, terhadap endothelial function yang mengawal tekanan darah di dalam badan kita.
Minyak zaitun yang kaya dengan anti-oksidan telah
membetulkan tindak balas kimia dalam yang telah atau mungkin rosak akibat
daripada glukosa yang tinggi dalam badan.
0 comments:
Post a Comment