Diabetes Kencing Manis

Minyak Zaitun dan Diabetes Kencing Manis

Bagaimana menangani masalah kencing manis atau dikenali dengan Diabetes? Dan bagaimana pula Minyak Zaitun mampu mengawal penyakit kencing manis? Mari kita ikuti huraian di artikel di bawah..



Oleh: Dr Hafizah binti Amanulla
Perahan Minyak Zaitun
Penyakit diabetes atau disebut kencing manis adalah penyakit yang sangat tinggi jumlahnya di Malaysia terutama dalam masyarakat melayu. Disebabkan paras gula yang terlampau tinggi di dalam darah dan tidak dapat diangkut ke dalam sel disebabkan hilangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula terpaksa ditapis keluar melalui buah pinggang lalu akan didapati kehadiran molekul gula dalam air kencing.

Antara puncanya adalah pengambilan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan paras gula naik mendadak apabila dimakan. Dek kerana telah selalu dirangsang oleh paras gula yang tinggi, reseptor insulin yang berada di sel bertambah. Lama kelamaan , reseptor menjadi resistan kepada insulin dan rembesan insulin akan terganggu dan akhirnya sel beta pankreas akan kurang keupayaan merembeskan insulin. Selain dari faktor makanan tinggi indeks glisemik, kerosakan keseimbangan mukosa usus juga menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah selepas makan.

Sepatutnya usus yang sihat mempunyai sistem imun mukosa yang boleh mengawal penyerapan makanan dan menyeimbangkan kandungan nutrien-nutrien yang diserap. Pengambilan minyak zaitun dalam masalah kencing manis ini haruslah juga disertai dengan amalan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang aktif. minyak zaitun membaiki saluran dinding usus yang terdiri daripada virus-virus halus. Bila pencernaan sempurna, insya Allah tahap kenaikan gula boleh dikawal. minyak zaitun juga mengurangkan kerentanan reseptor terhadap insulin ( insulin resistant) dan ini menyebabkan pengankutan gula ke dalam sel boleh berlaku dan mengurangkan paras gula dalam darah. Minyak barakah ini juga dapat mengurangkan kebuncitan yang disebabkan bertambahnya lemak visceral iaitu lemak yang melapisi usus-usus di abdomen.

Buah Zaitun
Kebuncitan dikaitkan dengan risiko kawalan diabetes yang teruk dan risiko terjadinya komplikasi kardiovaskular akibat sindrom metabolik. Disebabkan itu, body mass index (BMI) bukan lagi menjadi ukuran penentu dalam mengenalpasti risiko tetapi doktor kini menggunakan nisbah ukuran pinggang dan paha(waist hip ratio) di mana nisbah melebihi 0.9 pada lelaki dan lebih dari 0.8 pada wanita menunjukkan risiko yang lebih tinggi.

Minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak monotaktepu telah menyebabkan ianya boleh membesarkan dan membersihkan tubuh kita dari lemak yang tidak elok seperti lemak trans. Lemak trans menyebabkan pembentukan atherosclerosis dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. Serangan jantung pada pesakit diabetes biasanya berlaku secara senyap atau dipanggil "silent myocardial infarction" di mana pesakit tidak merasa sakit di dada tetapi hanya terdapat simptom berdebar-debar, loya atau kembung perut sahaja.

0 comments:

Post a Comment