Saturday, January 17, 2015

Minyak Zaitun Rawatan Kolestrol

Minyak Zaitun Dan Kolestrol

Merupakan hal yang telah dimaklumi bahawa oksidasi zat kolestrol berbahaya merupakan faktor penting yang menimbulkan pengerasan dan penyempitan pembuluh darah. Sementara itu, penelitian-penelitian modern membuktikan bahawa minyak zaitun berperanan aktif dalam mencegah terjadinya proses tersebut, kerana ia mengandungi vitamin E yang sangat berperanan sebagai antioksidan. Ia juga mengandungi metil urat sehingga dapat mencegah terjadinya pengerasan pembuluh darah.

Minyak zaitun diektrasi dari pohon yang diberkati. Ia menjadi fokus perhatian orang-orang barat dan menjadi bahan penelitian dan kajian, sementara kita mengabaikannya.

Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil) dan Oksidasi Kolestrol

Sebuah penelitian baru diadakan oleh Jurnal Arteriosclerosis pada tahun 1995, menegaskan pentingnya pengambilan minyak zaitun dara (Virgin Olive Oil) atau minyak zaitun perahan pertama. Sebab, para peneliti membuktikan bahawa minyak zaitun dara mengandungi sejumlah kandungan metil urat yang baik yang mencegah terjadinya oksidasi minyak dan menjaga ksestabilan unsurnya.

Para peneliti juga menemukan bahawa kandungan ini mencegah terjadinya oksidasi kolestrol berbahaya (LDL) di tabung ujikaji, sehingga dapat mencegah terjadinya pengerasan pembuluh darah dan memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari bahaya zat-zat toksik yang meracuni sel seperti peroksida dan zat-zat berbahaya.

Bukti Klinikal Antara Minyak Zaitun Dan Sakit Jantung

Bukti Klinikal Antara Minyak Zaitun Dan Sakit Jantung

Minyak Zaitun merupakan bahan asasi di negara-negara Mediterranian yang mempunyai kadar kematian yang rendah akibat masalah jantung atau sakit kardiovaskular. Data tersebut telah menarik perhatian para Saintis dan doktor.
Apakah wujud kaitan antara pengambilan minyak zaitun dan sakit kardiovaskular?
Pada awalnya para saintis tidak mempunyai sebarang bukti yang mendokong dakwaan tersebut. Namun akhir-akhir ini, banyak kajian dan ujian klinikal telah dijalankan oleh pakar samada dari Eropah dan selainnya untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Hasilnya, mereka mendapati bahawa penggunaan minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar kepada sakit jantung, penyakit kardiovaskular, tinggi kolestrol dan juga diabetes (kencing manis).
Di dalam satu article  yang dikeluarkan oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, doktor telah menyimpulkan bahawa
“Data ini mencadangkan bahawa amalan diet di Mediterranian yang menggunakan minyak zaitun, ia mencegah acute hyperglycemia effect (kesan akut hyperglycemia), keradangan dan oxidative stress http://en.wikipedia.org/wiki/Oxidative_stress dan memperbaiki tindakan GLP-1 http://en.wikipedia.org/wiki/Glucagon-like_peptide-1 yang mana ia mungkin mempunyai kesan yang baik kepada  pengawalan diabetes type 2 (kencing manis tahap 2), terutamanya bagi  mencegah penyakit kardiovaskular.”
Rujukan: arikel Minyak Zaitun dan Sakit Jantung http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4240857/

Friday, January 16, 2015

Minyak Zaitun dan Diabetes Kencing Manis

Minyak Zaitun dan Diabetes Kencing Manis

Bagaimana menangani masalah kencing manis atau dikenali dengan Diabetes? Dan bagaimana pula Minyak Zaitun mampu mengawal penyakit kencing manis? Mari kita ikuti huraian di artikel di bawah..

Oleh: Dr Hafizah binti Amanulla
Perahan Minyak Zaitun
Penyakit diabetes atau disebut kencing manis adalah penyakit yang sangat tinggi jumlahnya di Malaysia terutama dalam masyarakat melayu. Disebabkan paras gula yang terlampau tinggi di dalam darah dan tidak dapat diangkut ke dalam sel disebabkan hilangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula terpaksa ditapis keluar melalui buah pinggang lalu akan didapati kehadiran molekul gula dalam air kencing.

Antara puncanya adalah pengambilan makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan paras gula naik mendadak apabila dimakan. Dek kerana telah selalu dirangsang oleh paras gula yang tinggi, reseptor insulin yang berada di sel bertambah. Lama kelamaan , reseptor menjadi resistan kepada insulin dan rembesan insulin akan terganggu dan akhirnya sel beta pankreas akan kurang keupayaan merembeskan insulin. Selain dari faktor makanan tinggi indeks glisemik, kerosakan keseimbangan mukosa usus juga menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah selepas makan.

Sepatutnya usus yang sihat mempunyai sistem imun mukosa yang boleh mengawal penyerapan makanan dan menyeimbangkan kandungan nutrien-nutrien yang diserap. Pengambilan minyak zaitun dalam masalah kencing manis ini haruslah juga disertai dengan amalan pemakanan yang sihat dan cara hidup yang aktif. minyak zaitun membaiki saluran dinding usus yang terdiri daripada virus-virus halus. Bila pencernaan sempurna, insya Allah tahap kenaikan gula boleh dikawal. minyak zaitun juga mengurangkan kerentanan reseptor terhadap insulin ( insulin resistant) dan ini menyebabkan pengankutan gula ke dalam sel boleh berlaku dan mengurangkan paras gula dalam darah. Minyak barakah ini juga dapat mengurangkan kebuncitan yang disebabkan bertambahnya lemak visceral iaitu lemak yang melapisi usus-usus di abdomen.

Buah Zaitun
Kebuncitan dikaitkan dengan risiko kawalan diabetes yang teruk dan risiko terjadinya komplikasi kardiovaskular akibat sindrom metabolik. Disebabkan itu, body mass index (BMI) bukan lagi menjadi ukuran penentu dalam mengenalpasti risiko tetapi doktor kini menggunakan nisbah ukuran pinggang dan paha(waist hip ratio) di mana nisbah melebihi 0.9 pada lelaki dan lebih dari 0.8 pada wanita menunjukkan risiko yang lebih tinggi.

Minyak zaitun yang kaya dengan asid lemak monotaktepu telah menyebabkan ianya boleh membesarkan dan membersihkan tubuh kita dari lemak yang tidak elok seperti lemak trans. Lemak trans menyebabkan pembentukan atherosclerosis dan seterusnya meningkatkan risiko serangan jantung. Serangan jantung pada pesakit diabetes biasanya berlaku secara senyap atau dipanggil "silent myocardial infarction" di mana pesakit tidak merasa sakit di dada tetapi hanya terdapat simptom berdebar-debar, loya atau kembung perut sahaja.

Saturday, January 10, 2015

Produk Minyak Zaitun: OLIVIE PLUS 30X

Produk : Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30X
Pengedar: Olive House
Negara Asal: Morocco
Kuantiti: 250ml/botol
Packaging: Botol Kaca
Harga: RM85.00
Hubungi: 0148711474 (Ismail)

Olive House: Olivie 30 Plus
Keterangan

Menurunkan paras LDL(Kolestrol tidak baik) dan trigeliserida(menghalang deposit kolestrol pada dinding salur darah yang menyebabkan atherosklerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit neurodegenerative (Alzheimer). Kandungan khasiat berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah polyphenol

TINDAKAN DAN INDIKASI

  1. ANTIOKSIDAN, melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas
  2. ANTI-KANSER, barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia
  3. ANTI-RADANG ATAU ANTI INFLAMASI, Arthritis sendi, Myositis
  4. PERLINDUNGAN JANTUNG, Meningkatkan kewujudan nitric oxide (meluaskan salur darah-vasolidator). Menahan gumpalan platelet (mengurangkan sel pencatuman molekul : ADP, thrombin, kolagen, ICAM-1 , VCAM-1. Melindungi kolestrol LDL yang tidak baik terhadap pengoksidaan. Mencegah atherosklerosis dan tindak balas inflamasi/radang.
  5. ANTI-KOLESTROL, keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan) ; 
  6. Penurunan kadar kolestrol sebanyak 20% (dari 2,75 g/L kepada 2,27 g/L) ; dan 
  7. Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% (dari 2,78 g/L kepada 1,98 g/L)
  8. HYPERGLIKEMIA & DIABETIS, Melawan hyperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis selepas 2 bulan, kandungan glukos di dalam plasma tikus-tikus diabetes yang dirawat dengan hydroxtyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus yang belum dirawat.
  9. ANTI-PENUAAN, Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria). 
  10. Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).
  11. ALZHEIMER, Hydroxtyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxtyrosol juga mampu memberi perlindungan yang lebih baik terdapat sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.Perencatan pada hiperfosforilasi protein Tau (kesan dari kemerosotan sel-sel otak).
  12. PSORIASIS, keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit(hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut) Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos : 2 sudu makan sehari di ikuti dengan penggunaan luaran (2-3 kali sehari)
  13. ANTI-MIKROBIAL, bertindak sebagai bahan anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus, Influenza, Moraxella cattarhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylocuccus aureus).
  14. SEMBELIT (CONSTIPATION), bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelulm sarapan ketika perut kosong memudahkan perserakan di dalam usus.

Minyak Zaitun dan Darah Tinggi

Minyak Zaitun dan Darah Tinggi

Oleh: Dr Hafizah binti Amanulla

Darah tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam dua bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam. Apa sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan.

Namun apa yang terjadi dalam penghidap Darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon tindakbalas biasa. Cuma , apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan boleh menyebabkan Stroke.

Minyak zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh meneutralkan radikal bebas yang banyak berlegar dalam aliran darah. Radikal bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan , maka aliran darah menjadi lancar dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku. Lama- kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah menerima bekalan darah yang cukup.

Namun , bagi kes Darah tinggi di usia muda, sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumor di buah pinggang, masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal (stenosis atau atriovenous malformation). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan khusus yang diperlukan dan Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan tambahan.

 Dalam jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate Professor of Internal Medicine di Frederico II University, Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram sehari Minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos ubatan Darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari.

Dalam pesakit yang menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi Minyak zaitun. Ada juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan Darah tinggi mereka dengan mengamalkan Minyak zaitun "extra-virgin".Cara hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan komputer dan "gadget" yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.