Saturday, January 17, 2015

Bukti Klinikal Antara Minyak Zaitun Dan Sakit Jantung

Bukti Klinikal Antara Minyak Zaitun Dan Sakit Jantung

Minyak Zaitun merupakan bahan asasi di negara-negara Mediterranian yang mempunyai kadar kematian yang rendah akibat masalah jantung atau sakit kardiovaskular. Data tersebut telah menarik perhatian para Saintis dan doktor.
Apakah wujud kaitan antara pengambilan minyak zaitun dan sakit kardiovaskular?
Pada awalnya para saintis tidak mempunyai sebarang bukti yang mendokong dakwaan tersebut. Namun akhir-akhir ini, banyak kajian dan ujian klinikal telah dijalankan oleh pakar samada dari Eropah dan selainnya untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Hasilnya, mereka mendapati bahawa penggunaan minyak zaitun berkesan untuk menjadi penawar kepada sakit jantung, penyakit kardiovaskular, tinggi kolestrol dan juga diabetes (kencing manis).
Di dalam satu article  yang dikeluarkan oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, doktor telah menyimpulkan bahawa
“Data ini mencadangkan bahawa amalan diet di Mediterranian yang menggunakan minyak zaitun, ia mencegah acute hyperglycemia effect (kesan akut hyperglycemia), keradangan dan oxidative stress http://en.wikipedia.org/wiki/Oxidative_stress dan memperbaiki tindakan GLP-1 http://en.wikipedia.org/wiki/Glucagon-like_peptide-1 yang mana ia mungkin mempunyai kesan yang baik kepada  pengawalan diabetes type 2 (kencing manis tahap 2), terutamanya bagi  mencegah penyakit kardiovaskular.”
Rujukan: arikel Minyak Zaitun dan Sakit Jantung http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4240857/

0 comments:

Post a Comment